Semasa hidupnya arwah atok, Haji Harun Ali, aku sering bertanyakan kisah kisah keluarga sebelah abah ( sebelah atok ler tu juga )..so apa yang dapat aku bagi tau di sini, nama aku M Bakri bin Manaf bin Harun bin Ali bin Abdul Rahman bin Ibrahim bin Abu Bakar. Setakat sampai nama Abu Bakar saja yang arwah atok ingat.
Arwah Atok dari suku Mungkal manakala uwan atau nenek aku yang bernama Mayam ( masih lagi hidup semasa blog ini di tulis) dari suku Tanah Datar. Tentang uwan pula tak banyak yang dapat aku tulis tetang keluarga dia, kerana uwan adalah anak tunggal dari hasil perkahwinan moyangku yang bernama Ponde ( satu nama yang unik) dengan Abdul Rashid.
Atok mempunyai enam adik beradik, yang pernah di beritahu, nama adik beradik atok mengikut susunan seniority adalah seperti berikut.
- Mahat
- Tiamor (P )
- Tiawar (P)
- Jalaluddin
- Harun
- Mat Diah atau Muhammad Diah
Semuanya sudah kembali ke rahmatullah, walau bagaimanapun aku sempat berjumpa mereka sewaktu zaman remajaku.
Kampong halaman uwan dan atok adalah di kampong Sungai Jelutong, bersebelahan dengan kampong Ghalib ( kampong sebelah emak ). Haji Harun ( atok) dan Hajah Mayam ( uwan) di kurniakan lima orang anak:
- Abdul manaf @ Manap
- Abdul Latif
- Hussain @ Sharif
- Othman
- Hashimah.
Abdul Latif ( Pak Ngah ) telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2006 kerana sakit di rumahnya di Kampong Sungai Ular, kuantan, Pahang.
Atok dan Uwan tidak lama tinggal di kampong Sungai Jelutong. Pada Tahun 1964, atok bersama abangnya yang bernama Jalaluddin dan sepupunya yang bernama Kudrat, telah berpindah dan membuka satu perkampungan baru di tengah tenfah hutan di satu tempat yang di beri nama Chemomoi, di Bentong Pahang.
Sewaktu mereka membuka kampong di situ, kawasan tersebut telah di senaraikan sebagai satu kawasan hitam di mana terdapat kegiatan pehak pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya. Setelah berjaya meneroka hutan tebal di situ, setahun kemudian atok telah mebawa keluarganya berpindah ke tempat baru yang di kenali dengan nama kampong Chemomoi. Pak Ngah dan abah tidak ikut kerana mereka sudah mempunyai pekerjaan tetap dan di waktu itu kedua duanya berada di Johot Bharu.