Tujuan aku menulis ni bukan apa, nak hilangkan rasa boring dan sunyi kerana kesaorangan di Bandaraya Lahore yang sedang di landa musim sejuk...dan satu lagu untuk bacaan anak anak aku or maybe cucu cucu aku nanti, so that mereka tau dari mana asal mereka dan dari mana keturunan mereka.
Aku di lahirkan pada tanggal 14/6/1961 di sebuah kampong yang terpencil di pendalaman di daerah Kuala Pilah , Negeri Sembilan, kampong yang bernama Kampong Ghalib, yang terletak di pinggir hutan di kaki bukit yang di panggil hutan Bukit Berinda ( kata arwah uwan aku ler nama bukit itu ). Arwah uwan aku Inan binti Tahir yang membidani kelahiran aku pada waktu orang sedang balik solat Jumaat. Begitu lah kata ibonda aku yang bernama Fatimah binti Adom binti Ibrahim...so aku ni adalah hasil dari kasih sayang Fatimah dan suaminya yang bernama Manaf bin Harun bin Ali bin Abdul Rahman.
Abah aku seorang tukang masak askar, mak pula seorang suri rumah tangga dan seorang isteri yang setia serta ibu yang penyabar dan penyayang pada anak anaknya. Hasil perkahwinan Manaf dan Fatimah, mereka di kurniakan empat cahaya mata, aku adalah anak yang sulong, di ikuti oleh adik perempuan aku bernama Rosmawati, kemudian Basri dan Muhammad Bakhtiar. Muhammad Bakhtiar telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1988 ketika berusia 12 tahun kerana kemalangan jalan raya, maka tinggallah kami tiga beradik.