Friday, January 9, 2009

Salasilah Keturunan Sebelah Emak

Tidak banyak yang aku tahu perihal salasilah keturunan sebelah emak aku. Yang aku tahu ayah mak aku bernama Adom, mak aku sendiri pun tak pernah dapat menatap muka ayahnya kerana beliau telah dulu pulang ke Rahmatullah semasa mak aku di dalam kandungan uwan ku. Mengikut uwan, arwah atok berasal dari Kampung Pulau, dan ayah atok ku bernama Ibrahim. Menurut uwan, moyangku Ibrahim tu tinggi ilmunya, pernah satu kejadian kerana merajuk dengan isterinya ( nama uwan aku tak ingat ) Ibrahim melompat tinggi melepasi bukit ( perghh macam superman lah pulak moyang aku ni) berhampiran kampongnya....tak tau lah ini betul ker atau metos belaka.

Uwan aku pula adalah anak dari pasangan Bedet ( cun nya nama moyang aku ) dan Tahir. Bedet tu ayahnya Jamil, nama mak dia aku tak tau, itu pun aku tau bila aku lihat geran tanah pusaka yang di simpan oleh bapa saudara aku. Mak aku sendiri tak tau nama atok di sebelah mak dia.

Pasangan Bedet dan Tahir telah di kurniakan ramai anak. Uwan aku ( tahun kelahiran dia yang aku ingat, sebab aku pernah tengok IC dia semasa hayatnya, dia di lahirkan pada tanggal 12/2/1902. Beliau kembali ke Rahmatullah pada tahun 1989.

Adik beradik uwan aku adalah :
  1. Deli - aku tak ada banyak infor tentang tok Deli ini.
  2. Arba'yah -aku panggil dia uwan aji atau nick name dia di kampong masa tu Ghobak.
  3. Kalsom -aku panggil dia uwan alang, nick name di kampong Kosom)
  4. Inan -uwan aku, aku pernah di beritahu oleh uwan Aji yang adiknya itu semasa muda adalah wanita tercantik di daerah Jempol.....oooo patut ler uwan aku semasa hayatnya pernah bernikah sebanyak TUJUH kali...dasat beb..)
  5. Cheuteh ( mungkin nama sebenarnya Che Putih) - sepanjang pengetahuan aku, dia hanya mempunyai seorang anak yang bernama Yusuf yang lebih aku kenali dengan nama panggilan *Ungga Usop* ( mungkin kerana beliau anak tungggal uwan Cheuteh.
  6. Sharif - menurut uwan aku, Sharif ni menghilang diri semasa zaman pemerentahan Jepun, menurut uwan aku mungkin dia di tangkap oleh Jepun untuk menjadi buruh paksa membuat jalan keretapi di Siam.
  7. Ibrahim - yang bongsu dan aku memanggil dia Atok Air Bosa..sebab di depan rumah dia ada sungai yang besar. Orangnya gagah dan dia adalah seorang guru silat di daerah kami.
Uwan aku dari suku Tiga Batu Setia raja, so maknanya moyang perempuan aku Bedet juga adalah dari suku Tiga Batu. mengikut adat perpatih untuk menentukan suku kita adalah dari sebelah ibu.
Secebis kesah Moyangku Nika Tahir.
Tahir, adalah ayah uwan ku Inan binti Tahir. Tahir ada lah dari suku Mungkal dan berasal dari daerah Kuala Pilah juga dan beliau ini lebih di kenali dengan panggilan Nika Tahir atau Pendekar Tahir. Mengikut cerita orang tua tua di kampong aku moyang aku ni memang seorang pendekar istana dan amat terkenal dengan kepandaiannya bersilat, namanya tersohor di Daerah Kuala Pilah dan juga Negeri Sembilan pada zaman pemerentahan Yamtuan Muhammad.
Adik beradik Mak aku
Sebelum tu aku nak bagi tau yang uwan aku, Inan ( ini dia sendiri yang conffessed pada aku ) bahawa dia pernah menikah sebanyak TUJUH kali..perghh dasat uwan aku ni beb..mesti masa mudanya dia setanding dengan kecantikan Maya Karin. Atok aku Adom adalah suami dia yang ke enam dan dengan Adom saja yang dia di kurniakan 4 cahaya mata....perghh apa kurangnya atok aku ni..power tongkat ali dia..kerana berjaya kasi Inan mengandung.
  • Hajjah Rahmah - atau lebih di kenali oleh anak anak saudaranya sebagai UWO ( Mak Tua ), beliau telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 2006. Beliau tidak berjaya menyamai rekod ibunya Inan dalam lapangan pernikahan, semasa hayatnya beliau pernah menikah TIGA kali iaitu dengan Sabtu, Maarof dan Jali ( suami bongsunya sehingga ke akhir hayat). Uwo hanya mendapat seorang cahaya mata iaitu dengan suaminya yang bernama Sabtu. Anak Lelaki yang di beri nama Muhammad Isa, tarikh lahirnya sama dengan aku cuma aku dulu beberapa jam sahaja dari Isa. Sayangnya Allah lebih menyayangi sepupu aku tu dia kembali ke Rahmatullah semasa kecilnya. Selepas itu Uwo tak pernah lagi melahirkan anak...agaknya dia makan pil perancang keluarga kot..eh masa tu ada ker pill tu? ntah. So aku ni semasa hayat Uwo, adalah anak saudara peberet dia, lagi pun aku sering kerumahnya di Kampong Bayai Baru apabila cuti sekolah, menolong Uwo menoreh getah. Uwo juga mempunyai dua orang anak angkat yang bernama Mariam dan Ruslaili.

  • Ismail - Lebih di kenali sebagai Pak Itam oleh anak anak saudaranya ( anak mak aku ler..aku dan adik adik aku ler). Dia seorang bekas Askar Melayu Di Raja dan pernah berkhidmat di Conggo, Afrika. Seorang yang tegas dan kami ( anak anak saudara dan anak beliau sendiri bagi dia nick name Singo ) . Dia ni seorang yang bijak semasa sekolah, tapi kurang bernasib baik. Dia pernah di tawarkan untuk belajar di MCKK, tapi kerana dia dari keluarga yang miskin dan tak mampu untuk mengeluarkan duit untuk pergi ke sekolah itu. Tak apa Pak Itam oiii..ada hikmah nya tu. Dia menikah dengan Aminah binti Ayob dan di kurniakan seramai 8 orang cahaya mata, empat lelaki dan lima perempuan. Anak anak beliau ( sepupu aku adalah Roslan, Zainab, Zanariah,Nurhayati,Rosdi,Zakiah dan dua orang lagi anak lelaki yang aku lupa nama sebenarnya kerana kami tidak berapa rapat seperti yang lain, mungkin kerana perbezaan umur yang jauh.

  • Fatimah - Mak aku ler ni, aku dah terangkan serba sedikit tentang dia, she is my Very Very Important Person. Sayang mak aku ni, penyabar orangnya, penyayang orangnya...pada aku ler dan juga adik adik aku. Hasil perkahwinan antara mak dan abah, maka lahirlah aku, adik perempuanku Rosmawati,Basri dan Bakhtiar yang telah kembali ker Rahmatullah ketika berumur 12 tahun.

  • Abdullah - Ini kembar mak aku, ,meninggal dunia semasa bayi lagi.
So itu lah serba sedikit salasilah keturunan sebelah mak aku. Sebelah abah next change.

2 comments:

  1. MACAM MANA NAK CARI KETURUNAN SEBELAH TOK DI BAHAU NGRI SEMBILAN? BOLEH BAGI KLU

    ReplyDelete
  2. kena tanya keluarga keluarga yang tua..

    ReplyDelete