Secara peribadi, aku kagum akan kegigihan atok, bukan senang nak teroka perkampungan baru di tengah tengah hutan belantara dan di kawasan yang lebih di kenali *kawasan hitam* kerana pengganas komunis sejak dari zaman darurat hingga lah di tahun 1970 an amat aktif di kawasan Bentong. Masih aku ingat lagi masa mula mula mengikut atok pergi ke kampong Chemomoi tu, dari Simpang Pelangai kami terpaksa menumpang lori balak yang masuk ke dalam hutan untuk mengangkut balak keluar, jauhnya dari Simpang Pelangai masuk kedalam hutan lebih kurang 10 batu.
Rumah atok dalam hutan perkampungan baru tu waktu itu hanya lah merupakan pondok berlantaikan batang bertam dan berdindingkan bulih serta beratapkan nipah. Atok menebang pokok pokok yang sebesar lima pemelok lebih itu dengan menggunakan kapak dan gergaji. Masih aku ingat lagi betapa besar dan dalam sungai yang terdapat berhampiran teratak atok, hinggakan kayu balak pun boleh hanyut ke hilir.
Bila malam, selalu kedengaran bunyi ngauman harimau. Pernah terjadi suatu petang sekumpulan gajah datang, dan masih aku ingat lagi atok sendirian mengadap kumpulan gajah tersebut dan berkata sesuatu, kumpulan gajah tersebut meninggalkan kawasan kami.
Pada awal penempatan atok di situ, dia membuka padi huma atau padi bukit disamping mencari hasil hutan untuk di jual. dalam pada masa yang sama atok mengerjakan kawasan hutan untuk di buat ladang getah, seingat aku lebih 20 ekar luasnya. Uwan dan pak cu sering menemani atok, sementara aku dan acik ( adik abah yang bongsu yang hanaya setahun muda dari aku ) tinggal di teratak bersama onyang Ponde ( ibu kepada uwan ).
Kehidupan di waktu itu walaupun susah tapi kami tidak kelaparan, makanan cukup, yang paling aku ingat ialah memancing di sungai, aku rasa dari situ ler hobby memancing aku bermula. Di waktu itu ikan amat banyak sekali, kami mewah dengan lauk ikan. Uwan sering masak ikan salai. Di samping itu pak Cu dan Atok sering membuat perangkap binatang hutan dan memburu binatang hutan seperti landak, pelanduk, napoh , kijang dan rusa...
Oke..nanti sambung lagi..
Sunday, June 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nampaknya kita ni sekampung. Sungai Jelutung dan suku pun sama tiga batu buapak lela diraja. cuba lihat kalau ada apa2 persamaan di moyang-kari.myheritage.com , itu salasilah keluarga saya. Ramai juga yang berpindah dan buka hutan di pelangai dan chemomoi.
ReplyDeletenine_w2ze@yahoo.com.sg