Aku lebih banyak mengetahui salasilah keturunan sebelah abah, mungkin aku rapat dengan Almarhum atok, orang yang begitu banyak mempengaruhi hidup aku, atok adalah kawan rapatku dan juga guruku.
Haji Harun bin Ali bin Abdul Rahman bin Ibrahim ( lepas tu atok sendiri pun tak ingat ). Ibu atok aku lupa pulak nama dia, tak per balik nanti aku tanya abah atau uwan ( Isteri atok - uwan masih hidup lagi sewaktu blog ini aku tulis, tapi sudah uzur dan kurang pendengaran).
Atok mempunyai enam orang adik beradik, mengikut susunan senioritynya begini lah :
Mahadi, Tiamor, Tiawar, Jalaludin, Harun ( atok) dan Mohd Diah ( Tok Juan). Atok bernikah dengan uwan. Uwan ku bernama Mayam binti Abdul Rashid, ibu kepada uwan aku ( isteri Abdul Rashid) bernama Ponde. Hasil pernikahan mereka atok dan uwan dikurniakan anak anak yang bernama..Manaf ( abah ler ni), Abdul Latif, Hussin, Othman dan Hashimah. Kecuali Abdul Latif ( Pak Ngah) adik beradik abah semuanya masih hidup lagi.
Atok daru suku Mungkal, manakala uwan pula dari suku Tanah Datar. Mereka berasal dari kampong Sungai Jelutong, Padang Lebar , Negeri Sembilan. Semasa muda nya atok bekerja sebagai Polis Bantuan atau di zaman penjajahan British lebih di kenali sebagai Home Guard. Bila tamat tempoh perkhidmatannya , atok pulang ke kampong dan mejalankan kerja kerja kampong seperti enoreh getah, bersawah dan juga membuka kedai Runcit.
Pada tahun 1964, atok berulang alik ke sebuah tempat yang berada di tengah tengah hutan belantara di daerah Bentong bersama abangnya Jalaluddin dan sepupunya bernama Kudrat membuka perkampungan baru yang di beri nama Chemomoi. Dua tahun kemudian, atok membawa uwan dan anak anaknya yang masih belum bekerja iaitu Hashimah dan Othman berpindah ke kawasan perkampungan baru itu....ok stop sini dulu..sambung di waktu lain..
Thursday, June 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hj. Harun ni, anak nya bernama isa ke? dulu hj. harun ni ada beli beruk panjat kelapa. Rumah Hj. harun ni dekat dengan kg. golid, dekat dengan rumah timah sudin bersempadan dengan Arwah bilal asin. bilal kg sg. jelutung satu ketika dulu. Di sebelah bawah rumah hj. harun ni rumah wan senyum. Kalau betul lah.
ReplyDeleteSalam sejahtera saudara zack..saya cuba untuk melawat blog tuan, tapi tak berjaya.Bukan, atok saya Haji Harun sebelum berpindah ke kampong Chemomoi, tinggal di Kampong Dusun, jalan masuk kekampong itu ikut jalan denai di * pokok Polam sidang* berhadapan dengan Kedai Almarhum Haji hasan Basir. Haji Harun yang saudara perkatakan itu tinggal di Kampong Ghalib Tengah, saya kenal dengan Almarhum Haji Harun itu dan juga saya adalah rakan sepermainan anaknya yang bernama Kahar.
ReplyDeleteEn. M Bakri saya suku tanah datar/mungkal
ReplyDeleteTerima Kasih
Azlan